Negeri Sembilan 29
APR – Setelah HAMPIR LIMA TAHUN MENANTI PENYERAHAN KUNCI RUMAH berserta ‘Vacant Possesion’ dan
Sijil Perakuan Siap atau Certificate Of Completion & Compliance (CCC) yang
seharusnya diterima oleh kesemua pemilik unit PROJEK
BANDAR TASIK SENANGIN (BTS), NEGERI SEMBILAN.
Kini, kesemua pemilik
unit dapat menarik nafas lega setelah kata putus dicapai antara Biro
Khidmat Aduan PPIM, Biro Undang-Undang PPIM bersama pihak Kontraktor
(Selayang Alunan) dan pihak Pemaju (Lion Group) bagi penyerahan kunci yang telah
diadakan pada 29 April lalu dengan kerjasama usaha dan penglibatan Biro
Tindakan BTS mengumpulkan seramai 286 pemilik unit hadir dalam sesi penyerahan kunci
yang diadakan di Club House Mahkota Hills, Lenggeng.
Pada awalnya, pihak kontraktor hanya mengemukakan
alasan yang tidak munasabah dan tidak berasas setiap kali dipersoal oleh
pemilik unit.
“Pihak kontraktor tak serahkan bangunan rumah
tersebut disebabkan alasan yang tidak munasabah”
“KECUAIAN PENGURUSAN PIHAK KONTRAKTOR
sendiri memaksa saya menanggung kerugian dan menunggu sehingga terpaksa
mendapatkan khidmat bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi
menuntut hak saya” ulas wakil pemilik unit, Mohd Siddiq Edwind.
Siddiq terpaksa menanggung kos sewa rumah, bil
elektrik, air, cukai pintu dan tanah serta pemotongan bayaran pinjaman
perumahan sejak Ogos 2013 lagi telah hadir ke PPIM pada akhir Januari lalu bagi
mencari jalan penyelesaian.
“Saya betul-betul berharap PPIM dapat membantu
menyelesaikan kemelut yang melanda Bandar Tasik Senangin sejak 2013”
Setelah mengadakan beberapa rundingan bersama
Majlis Pembandaran Negeri Sembilan dan campur tangan PPIM sejak November 2017,
pihak kontraktor akhirnya ‘menyerah kalah’ dan bersetuju menyerahkan kunci
kepada pemilik.
PPIM mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pihak pemaju dan pihak kontraktor diatas budi bicara
dan kerjasama dalam memastikan masalah ini dapat diselesaikan secara aman dan
baik.
Sumber: KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan