KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) MENEGASKAN aktivis
Yusuf Azmi tidak lagi terlibat secara langsung dalam persatuan berkenaan, kata Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim
Johan.
Menurutnya,
Yusuf telah menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dikenali
sebagai Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia.
Namun
begitu, kata Nadzim, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan
kerjasama dengan Yusuf dan mana-mana NGO yang berminat dengan kerja-kerja dan
hala tuju PPIM.
“Berkenaan
Yusuf ini, nak kata terlibat secara langsung dengan kami (PPIM) itu tidak,
tetapi beliau (Yusuf) masih ada urusan kerja yang lama. Kita akan menilai dan
tengok macam mana.
“Kita
tak mahu dilihat ada pertembungan antara ‘orang tua’ dan orang yang muda, yang
bersemangatnya mungkin lain. Kita ni yang tua mungkin perlahanlah sikit.
“Bekerjasama
dengan beliau tak ada masalah, cuma kita tak mahu dilihat matlamat itu macam
ada perbezaan,” katanya pada theRakyat.com di sini semalam.
Baru-baru
ini empat bekas kakitangan PPIM mendakwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan
jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran
lebih tinggi kepada pengadu atau mangsa ah long.
Sidang
media tersebut untuk membersih nama selepas Yusuf membuat laporan ke atas
mereka pada Isnin lalu. Namun mereka menjelaskan kes itu tiada kaitan dengan
Nadzim dan PPIM Keramat.
Dalam
laporannya itu, individu-individu terbabit didakwa telah mencuri
dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan
PPIM yang DIKETUAI
YUSUF dengan
cara menceroboh
pejabat tersebut.- MalaysiaGazette
Sumber: KLIK DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan