Jumaat, 11 Mei 2018

PENIAGA DITIPU SEORANG LELAKI BERGELAR DATUK


Kuala Lumpur: Perancangan seorang kakitangan kanan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) melebarkan perniagaan lebur apabila mendakwa DITIPU LELAKI BERGELAR DATUK menyebabkan dia kini menanggung hutang pembiayaan kenderaan berjumlah hampir RM1 juta.
Lelaki itu mendakwa BUTIRAN PERIBADI DIRINYA DIGUNAKAN Datuk berkenaan bagi membuat pembelian tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Namun, berikutan kegagalan menjelaskan bayaran, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Arshad, 55, tahun kini berdepan risiko diisytihar muflis.
Menceritakan pengalamannya, Arshad berkata, dia berjumpa Datuk berkenaan selepas diperkenalkan seorang rakan, awal tahun lalu bagi membincangkan tawaran menjadi rakan kongsi perniagaan kurma hibrid.

Khamis, 10 Mei 2018

WALAUPUN 70 TAHUN MENDIAMI TANAH YANG MASIH DIRAGUI


SEGAMBUT 6 Mei – Terpaksa mempamerkan kad pengenalan bagi membuktikan kewarganegaraan setiap kali DITUDUH SEBAGAI WARGA ASING yang menetap secara haram di Kampung Pasir Segambut, Kuala Lumpur. Lebih mengejutkan, status tanah yang sudah didiami selama 70 tahun oleh sebuah keluarga berketurunan Pakistan ini diragui oleh pihak Jabatan Tanah kerana mangsa dimaklumkan bahawa tanah terbabit masih kekal statusnya sebagai Tanah Simpanan Kawat Elektrik.

“Pada 2001-2002, saya terkejut apabila juru ukur dari Jabatan Tanah & Galian berada di perkarangan rumah saya untuk mengukur tapak rumah saya” “Mereka memaklumkan bahawa status tanah kediaman saya telah bertukar status kepada LOT dan akan pecah LOT sebab hak milik telah diberikan kepada individu yang langsung tidak pernah menetap di tapak terbabit.” jelas wakil peneroka, Mohammed Akarm Baboo, 58 tahun.

Selasa, 8 Mei 2018

YUSUF AZMI BUKAN LAGI BERSAMA PPIM


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) MENEGASKAN aktivis Yusuf Azmi tidak lagi terlibat secara langsung dalam persatuan berkenaan, kata Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan.
Menurutnya, Yusuf telah menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dikenali sebagai Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia.
Namun begitu, kata Nadzim, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kerjasama dengan Yusuf dan mana-mana NGO yang berminat dengan kerja-kerja dan hala tuju PPIM.
“Berkenaan Yusuf ini, nak kata terlibat secara langsung dengan kami (PPIM) itu tidak, tetapi beliau (Yusuf) masih ada urusan kerja yang lama. Kita akan menilai dan tengok macam mana.
“Kita tak mahu dilihat ada pertembungan antara ‘orang tua’ dan orang yang muda, yang bersemangatnya mungkin lain. Kita ni yang tua mungkin perlahanlah sikit.
“Bekerjasama dengan beliau tak ada masalah, cuma kita tak mahu dilihat matlamat itu macam ada perbezaan,” katanya pada theRakyat.com di sini semalam.
Baru-baru ini empat bekas kakitangan PPIM mendakwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran lebih tinggi kepada pengadu atau mangsa ah long.
Sidang media tersebut untuk membersih nama selepas Yusuf membuat laporan ke atas mereka pada Isnin lalu. Namun mereka menjelaskan kes itu tiada kaitan dengan Nadzim dan PPIM Keramat.
Dalam laporannya itu, individu-individu terbabit didakwa telah mencuri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang DIKETUAI YUSUF dengan cara menceroboh pejabat tersebut.- MalaysiaGazette

Sumber: KLIK DISINI

KECUAIAN KONTRAKTOR TERIMA PADAH


Negeri Sembilan 29 APR – Setelah HAMPIR LIMA TAHUN MENANTI PENYERAHAN KUNCI RUMAH berserta ‘Vacant Possesion’ dan Sijil Perakuan Siap atau Certificate Of Completion & Compliance (CCC) yang seharusnya diterima oleh kesemua pemilik unit PROJEK BANDAR TASIK SENANGIN (BTS), NEGERI SEMBILAN.

Kini, kesemua pemilik unit dapat menarik nafas lega setelah kata putus dicapai antara Biro Khidmat Aduan PPIM, Biro Undang-Undang PPIM bersama pihak Kontraktor (Selayang Alunan) dan pihak Pemaju (Lion Group) bagi penyerahan kunci yang telah diadakan pada 29 April lalu dengan kerjasama usaha dan penglibatan Biro Tindakan BTS mengumpulkan seramai 286 pemilik unit hadir dalam sesi penyerahan kunci yang diadakan di Club House Mahkota Hills, Lenggeng.

Pada awalnya, pihak kontraktor hanya mengemukakan alasan yang tidak munasabah dan tidak berasas setiap kali dipersoal oleh pemilik unit.
“Pihak kontraktor tak serahkan bangunan rumah tersebut disebabkan alasan yang tidak munasabah”
KECUAIAN PENGURUSAN PIHAK KONTRAKTOR sendiri memaksa saya menanggung kerugian dan menunggu sehingga terpaksa mendapatkan khidmat bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menuntut hak saya” ulas wakil pemilik unit, Mohd Siddiq Edwind.

AKTA UNDANG-UNDANG BERKAITAN PUSAT HIBURAN DIKAJI SEMULA


PUTRAJAYA 3 Mei – Akta-akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pusat-pusat hiburan perlu dikaji semula bagi memastikan premis-premis berkaitan tidak disalah gunakan untuk kegiatan haram, jenayah dan maksiat.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, DATUK NADZIM JOHAN, selepas 40 siri Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) dijalankan, didapati Akta Hiburan; Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Undang-undang kecil yang berkaitan mempunyai beberapa kelompongan dan kelonggaran yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu menjalankan aktiviti tidak sihat.
Jelas Nadzim, kelompongan dan kelonggaran itu juga menyebabkan agensi-agensi penguatkuasa tidak dapat bertindak tegas terhadap pusat-pusat hiburan besar dan ‘dilindungi’ serta menghalang premis-premis berkenaan terus dijadikan pusat kegiatan haram atau jenayah oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Isnin, 7 Mei 2018

PROJEK PEPRUMAHAN MELEPASKAN BATUK DITANGGA


Perak 27 APR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui BIRO KHIDMAT ADUAN PPIM turun padang menyaksikan sendiri keluhan penduduk Taman Desa, Peladang Permai, Bota yang terpaksa bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku pada kediaman dan nyawa mereka gara-gara tanah mendap yang telah merosakkan sebahagian besar rumah disini.

Struktur bahagian rumah yang didiami penduduk sejak tarikh serahan kunci, 17 Oktober 2014 oleh pemaju, IP Bota Corporation Sdn Bhd mula menunjukkan tembok retak, saluran air tersumbat, bumbung condong, rekahan siling, dinding, lantai dan banyak lagi menimbulkan kegusaran apabila keadaan itu bertambah teruk meskipun pihak pemaju telah membaiki beberapa bahagian dengan cara menyimen semula selepas menerima aduan daripada penduduk sejak 2015.

Namun, pemaju hanya SEKADAR MELEPASKAN BATUK DI TANGGA apabila keadaan yang lebih teruk berlaku seperti siling jatuh, rekahan dinding pada saluran elektrik memaksa penduduk membuat aduan bertarikh 9 September 2016 kepada pemaju tetapi tidak diendahkan sehingga kini. Aduan juga telah dilaporkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah penduduk.

HARGA RUMAH RM130,000, dah buat aduan tetapi pemaju buat sekejap je. Tengok macam tak nampak sangat mereka ambil berat” antara keluhan penduduk, Sharifah Norain kepada Pegawai Biro Khidmat Aduan PPIM, Raden Fatmah dan beberapa Aktivis semasa lawatan dari rumah ke rumah penduduk disini sebelum meneruskan perjumpaan bersama Majlis Daerah Tengah Perak pada hari yang sama.

“Kita ada buat aduan sebab masa dapat kunci rumah, siling rumah saya jatuh mereka datang baiki tetapi banyak lagi retakan sedia ada yang tiada apa-apa tindakan daripada pemaju, mereka sambil lewa” keluh penduduk, Ibrahim Shafiee yang telah mendiami rumah terbabit dan telah membuat pembayaran sejak 3 tahun yang lalu.
“Semua ini akibat struktur tanah mendap dan retakan telah wujud awal kami masuk tetapi pemaju sekadar tampal-tampal ala kadar sahaja” ulasnya lanjut.
ASPEK KESELAMATAN penduduk yang seharusnya dititik beratkan oleh pemaju sebelum penyerahan kunci dilihat seolah-olah hanya percaturan semata-mata. Sikap acuh tak acuh pemaju dilihat bakal menimbulkan masalah yang lebih besar jika biarkan masalah ini berlarutan.
PPIM memohon semua pihak membuka mata dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini sebelum sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk.
Nantikan video laporan penuh hanya di TV.PPIM.

Sumber: KLIK DISINI

PENIAGA DITIPU SEORANG LELAKI BERGELAR DATUK

Kuala Lumpur : Perancangan seorang kakitangan kanan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) melebarkan perniagaan lebur apabila mendakwa...