Selasa, 8 Mei 2018

AKTA UNDANG-UNDANG BERKAITAN PUSAT HIBURAN DIKAJI SEMULA


PUTRAJAYA 3 Mei – Akta-akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pusat-pusat hiburan perlu dikaji semula bagi memastikan premis-premis berkaitan tidak disalah gunakan untuk kegiatan haram, jenayah dan maksiat.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, DATUK NADZIM JOHAN, selepas 40 siri Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) dijalankan, didapati Akta Hiburan; Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Undang-undang kecil yang berkaitan mempunyai beberapa kelompongan dan kelonggaran yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu menjalankan aktiviti tidak sihat.
Jelas Nadzim, kelompongan dan kelonggaran itu juga menyebabkan agensi-agensi penguatkuasa tidak dapat bertindak tegas terhadap pusat-pusat hiburan besar dan ‘dilindungi’ serta menghalang premis-premis berkenaan terus dijadikan pusat kegiatan haram atau jenayah oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

“PPIM dan NGO-NGO lain yang menjayakan Op BAH dengan pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan berpendapat masanya telah tiba untuk semua akta dan undang- undang kecil berkaitan pusat-pusat hiburan ini dikaji semula.
“Ini perlu dilakukan bagi memberikan agensi-agensi penguatkuasa berkaitan kuasa yang benar-benar boleh mengekang premis-premis dijadikan pusat aktiviti haram; tidak sihat dan jenayah oleh golongan tertentu,” kata beliau selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Ops BAH di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di sini pada pagi Khamis.
Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Ops BAH yang dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras Op BAH, Azman Mahmod serta disertai oleh pimpinan beberapa NGO Islam.
Antara lain, mesyuarat berkenaan turut membincangkan perancangan-perancangan baharu yang dapat dilakukan bagi memantapkan lagi usaha proaktif menyelesaikan dan mengekang gejala sosial di dalam negara.
Selain PPIM, Jawatankuasa Bertindak Ops BAH tersebut turut dianggotai oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid); Persatuan Mixed Martial Arts Malaysia; Persatuan Perniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Malaysia Coruption Watch dan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.
Sumber: KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENIAGA DITIPU SEORANG LELAKI BERGELAR DATUK

Kuala Lumpur : Perancangan seorang kakitangan kanan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) melebarkan perniagaan lebur apabila mendakwa...